Lila memang mempunyai masalah besar kerana dia sangat mudah jatuh cinta. Namun begitu, walaupun Lila mudah jatuh cinta, Lila merasa takdir benar-benar tidak adil pada dirinya. Malahan, Lila merasa dirinya adalah perempuan paling malang di dunia. Ini adalah kerana selama setahun ini, sudah lapan kali dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Dan semua ini terjadi kerana kekasih Lila jatuh cinta dengan perempuan lain. Lila sangat tertekan dengan keadaan ini.